Thursday, 17 November 2011

cintaKu eNtri tiGa

aku bingung...
aku semakin bingung pa yang kau mahukan dariku
perhatian??..
aku rasakan sudah cukup perhatian yang aku
telah berikan selama ini...
apa yang kurang sayang..
tolonglah...
aku minta penjelasan..
jangan begini..
kau buat aku tambah tersiksa
dari hari ke hari..

cinta..
aku mohon jangan buat aku begini
apa salahku
apa kurangku
ku persoalkan kepadamu
tiada apa salahku
kalau begitu
dimana silapku
sehingga hati ini diperlakukan sebegini

tidak ku hubungi kau untuk seketika
aku harap
tanpa mesej dan panggilan dariku
kau akan rasa rindu
tapi ternyata
aku silap

tidak terdetikkah di hatimu
rasa rindu dan perhatian
yang telah lama kau abaikan
aku...
aku di sini sayang..
menantimu..
jangan...

jangan kau mainkan hati ini
ia terlalu menyakitkan
terlalu pedih rasanya
menanti mesej dari mu
tiap hari...
aku pandang telefon itu dengan harapan..
harapan mesej yang tiba adalah darimu..

tidakkah kau rindu??..
tidakkah kau peduli??..
ya ALLAH..kuatkanlah hati hamba MU ni..amin

Friday, 11 November 2011

cintaKu eNtri duA

Kadang cinta itu memang menyakitkan
Kadang cinta itu memang memenatkan
Kadang pula cinta itu menyesakkan nafas ini
Kerana memikirkan hala tuju dan harapan setiap pasangan
Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang sering kali menimpa
Terlalu banyak sehingga otak ni menjadi lali untuk memikirkannya
Hati dan air mata ini menjadi beku dan kontang untuk memikirkan jalan penyelesaiannya

Tapi…
Wahai teman sedarilah…
Tak semua pengakhiran yang indah tidak melalui jalan yang menyempitkan
Semua itu hanya ujian bagi menduga betapa dalamnya dan setianya cinta sesama kita
Ujian yang perlu pasangan itu tempuhi bersama
Tak dapat diungkap dengan kata2 pelbagai onak yang diharungi
Sebak rasa hati ini untuk berkata lagi

Jika cinta itu memang ditakdirkan untuk kita
Jangan lah bimbang
Senantiasa ada jalan untuk setiap permasalahan
Jangan lah tangisi setiap derita yang melanda
Tabah lah menghadapinya
Kerana yakinlah pasti ada hikmah semua itu terjadi…



ciNtaKu eNtri satu

Cinta..
Bermulanya kisah mu bagai kan dongeng yang bakal dibicarakan oleh seantero dunia
Kebahagian terasa bagai dunia ini milik kita berdua
Tiada siapa yang akan memisahkan kita
Semuanya terasa sangat bahagia
Tidak ada siapa yang boleh memisahkan cinta yang kita bina bersama

Permulaannya..
Aku tidak kisah akan semuanya
Walau bagaimanapun rintangannya
Selagi kau ada di sisi
Semuanya akan lupakan tanpa keraguan ku

Dulu..
 terasa sangat bahagia kerana hanya aku di mata mu
Tiada siapa yang boleh mengambil cinta mu dari ku kerana
masa itu aku amat meyakini cinta mu
Kau tunjukkan cinta mu yang tulus di hadapan ku
Tidak kisah apa yang bakal diperkatakan oleh orang lain
Kau hanya ingin menjaga hatiku

Semakin hari..
rasa sayang terhadap mu meninggi
Aku tak sanggup kehilangan mu
Semakin ku jaga cinta kita supaya cinta yang aku percaya
hingga ke akhirnya ini
 tidak dihancurkan oleh orang lain
Semakin tinggi prasangka ku
Semakin mendalam cinta ku
Semakin kuat pula cemburu ku
Bukan maksud ku tidak mempercayai mu cinta
Tapi tidak ku dapat menahan hati ini
Hati ini sering kali meronta supaya menjaga hati mu
Walau kadang ku sedar kau tak kan berpaling padaku
Walau ku tahu kau masih menyayangi ku
Cinta tidak kau sedar betapa besar nya cinta ku terhadap mu
Tidak dapat ku ungkap hanya dengan meletakkan jari jemari ku ini
di atas sebuah alat elektronik yang tak memahami perasaan ku


Cinta..
Semakin hari kau semakin membenci sikap ku yang cemburu tak bertempat
Semakin kau rimas sikap ku yang sering mempersoalkan kasih dan sayang mu
Aku tahu kau pasti tidak menyenangi sikap


tapi malangnya…
Saat ini
Tika ini
Kala kau sudah berpaling dari ku
Baru ku sedar kau tidak suka akan sikap ku
Ternyata itu semua sudah terlambat
Cinta mu kembali bertaut kepadanya
Cinta pertama mu
Yang bagi mu
Dialah insan yang paling sempurna di muka bumi ini
Terguris hati ini saat mengetahui hakikat aku telah kau persendakan

Cinta..
Saat hati ni merintih kesedihan
Aku tak mengerti perasaan mu
Aku tak dapat tafsirkan apa yang kau fikirkan
Aku tak tahu

Saat jari ini mengungkapkan perasaan ini
Takdir membawa mu untuk berjumpa dengan nya
Kekasih pertamamu
Aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu merintih di dalam hati yang kecil ini
Tak ku ingin semua ini terjadi
Tapi sekarang
Apa yang boleh aku lakukan
Apa yang boleh aku lakukan

Hati ini telah kau sakiti
Tapi demi ALLAH
Aku masih mencintaimu
Hati ini telah kau hancurkan
Tapi demi ALLAH
Aku menyayangi mu
Bagaimana ingin ku jelaskan kepadamu
Aku pun tak tahu……



Tuesday, 1 November 2011

its 1.11.11

cOmeL saNGat2 tarikH ari kN..hiK3 mesti raMai yG memuLakaN "iN reLatiOnsHiP" ari ni kN.,,,huK3 bes la kOranG ada yanG sayanG~~ taK kuraNg juGa yanG naK kaWiN ari ini..waH..bes2...seMoGa berkekaLan hingga aKir hayaT,,...xbLe la caKap hingga aNak cucu..t daH da cucu cerai pLaK..hiK3 nauzubiLLah..
urmm..tieta nak sangat cipta kenangan manis bersama c dea ari ni..p malang sangat2..dea jauh..huk3 tengah gaduh pulak 2..huks
tieta rindu sangat2 kat awak..dengar tak,..huk3
cam xwaras la pulak..hak
today rasa sunyi gila la pulak..patutnya ari ni da la event yg spesial ckit...hik3
p kalau kita tgk ari ni...da hikmah ny tau...huhuhuh
1.11.11 = 5...tau tak 5 tu stand for wat????...hik2
solat 5 waktu jgn tinggal tau...itula maksud dea yang sebenarnya,..
mesti da yang xsangka kn...rukun Islam pn da 5 gak...spesial la tarikh ni kan...urmmmm...tink it urseLf..huks