Friday, 11 November 2011

ciNtaKu eNtri satu

Cinta..
Bermulanya kisah mu bagai kan dongeng yang bakal dibicarakan oleh seantero dunia
Kebahagian terasa bagai dunia ini milik kita berdua
Tiada siapa yang akan memisahkan kita
Semuanya terasa sangat bahagia
Tidak ada siapa yang boleh memisahkan cinta yang kita bina bersama

Permulaannya..
Aku tidak kisah akan semuanya
Walau bagaimanapun rintangannya
Selagi kau ada di sisi
Semuanya akan lupakan tanpa keraguan ku

Dulu..
 terasa sangat bahagia kerana hanya aku di mata mu
Tiada siapa yang boleh mengambil cinta mu dari ku kerana
masa itu aku amat meyakini cinta mu
Kau tunjukkan cinta mu yang tulus di hadapan ku
Tidak kisah apa yang bakal diperkatakan oleh orang lain
Kau hanya ingin menjaga hatiku

Semakin hari..
rasa sayang terhadap mu meninggi
Aku tak sanggup kehilangan mu
Semakin ku jaga cinta kita supaya cinta yang aku percaya
hingga ke akhirnya ini
 tidak dihancurkan oleh orang lain
Semakin tinggi prasangka ku
Semakin mendalam cinta ku
Semakin kuat pula cemburu ku
Bukan maksud ku tidak mempercayai mu cinta
Tapi tidak ku dapat menahan hati ini
Hati ini sering kali meronta supaya menjaga hati mu
Walau kadang ku sedar kau tak kan berpaling padaku
Walau ku tahu kau masih menyayangi ku
Cinta tidak kau sedar betapa besar nya cinta ku terhadap mu
Tidak dapat ku ungkap hanya dengan meletakkan jari jemari ku ini
di atas sebuah alat elektronik yang tak memahami perasaan ku


Cinta..
Semakin hari kau semakin membenci sikap ku yang cemburu tak bertempat
Semakin kau rimas sikap ku yang sering mempersoalkan kasih dan sayang mu
Aku tahu kau pasti tidak menyenangi sikap


tapi malangnya…
Saat ini
Tika ini
Kala kau sudah berpaling dari ku
Baru ku sedar kau tidak suka akan sikap ku
Ternyata itu semua sudah terlambat
Cinta mu kembali bertaut kepadanya
Cinta pertama mu
Yang bagi mu
Dialah insan yang paling sempurna di muka bumi ini
Terguris hati ini saat mengetahui hakikat aku telah kau persendakan

Cinta..
Saat hati ni merintih kesedihan
Aku tak mengerti perasaan mu
Aku tak dapat tafsirkan apa yang kau fikirkan
Aku tak tahu

Saat jari ini mengungkapkan perasaan ini
Takdir membawa mu untuk berjumpa dengan nya
Kekasih pertamamu
Aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu merintih di dalam hati yang kecil ini
Tak ku ingin semua ini terjadi
Tapi sekarang
Apa yang boleh aku lakukan
Apa yang boleh aku lakukan

Hati ini telah kau sakiti
Tapi demi ALLAH
Aku masih mencintaimu
Hati ini telah kau hancurkan
Tapi demi ALLAH
Aku menyayangi mu
Bagaimana ingin ku jelaskan kepadamu
Aku pun tak tahu……



No comments:

Post a Comment