Kadang cinta itu memang menyakitkan
Kadang cinta itu memang memenatkan
Kadang pula cinta itu menyesakkan nafas ini
Kerana memikirkan hala tuju dan harapan setiap pasangan
Terlalu banyak dugaan dan cabaran yang sering kali menimpa
Terlalu banyak sehingga otak ni menjadi lali untuk memikirkannya
Hati dan air mata ini menjadi beku dan kontang untuk memikirkan jalan penyelesaiannya
Tapi…
Wahai teman sedarilah…
Tak semua pengakhiran yang indah tidak melalui jalan yang menyempitkan
Semua itu hanya ujian bagi menduga betapa dalamnya dan setianya cinta sesama kita
Ujian yang perlu pasangan itu tempuhi bersama
Tak dapat diungkap dengan kata2 pelbagai onak yang diharungi
Sebak rasa hati ini untuk berkata lagi
Jika cinta itu memang ditakdirkan untuk kita
Jangan lah bimbang
Senantiasa ada jalan untuk setiap permasalahan
Jangan lah tangisi setiap derita yang melanda
Tabah lah menghadapinya
Kerana yakinlah pasti ada hikmah semua itu terjadi…
No comments:
Post a Comment